
Istana Nurul Iman, Rabu , 21 Ogos 2019
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, petang tadi berkenan menerima mengadap Tuan Yang Terutama Ouk Chandara, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Kemboja ke Negara Brunei Darussalam yang akan menamatkan perkhidmatan.
Tuan Yang Terutama telah menyembahkan Surat Tauliah Pelantikannya Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 25 Oktober 2016. Majlis Mengadap tersebut berlangsung di Istana Nurul Iman.
JABATAN PERDANA MENTERI
Jalan Perdana Menteri
Bandar Seri Begawan, BB3913
Negara Brunei Darussalam
20 Zulhijjah 1440
21 Ogos 2019