
Istana Nurul Iman, Sabtu, 27 Februari 2021
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, petang tadi berkenan menerima mengadap Tuan Yang Terutama Mehmet Suat Akgün, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Turki ke Negara Brunei Darussalam yang akan menamatkan perkhidmatan.
Tuan Yang Terutama telah menyembahkan Surat Tauliah Pelantikan kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 15 Februari 2017.
Majlis Mengadap tersebut telah berlangsung di Istana Nurul Iman.
JABATAN PERDANA MENTERI
Jalan Perdana Menteri
Bandar Seri Begawan BB3913
Negara Brunei Darussalam