Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News_Missions_Abroad

Manage PermissionsManage Permissions
Majlis Resepsi Sempena Sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke-70 Tahun.
font size

​​

Majlis Resepsi Sempena Sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-70 Tahun telah diadakan pada hari Jumaat 15hb Julai 2016 bermula jam 3.00 petang di Pejabat Suruhanjaya Tinggi di 19 Belgrave Square, London.

Atucara majlis dimulakan dengan bacaan Surah AI-Fatihah dan Doa selamat, dan seterusnya diikuti dengan kata alu-aluan daripada Tuan Yang Terutama Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan Bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam Ke United Kingdom dan Northern Ireland.

Seramai lebih kurang dua ratus (200) orang jemputan telah hadir ke majlis tersebut. Para jemputan terdiri daripada Pesuruhjaya – Pesuruhjaya Tinggi dan Duta-Duta Besar negara-negara ASEAN, dan negara-negara lain, pegawai-pegawai Diplomatik, pegawai-pegawai Kerajaan, penuntut-penuntut serta rakyat Brunei yang berada di United Kingdom.

HM 1.jpg 
HM 2.jpg
Attachments
Back to Top