Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Press Room

Manage PermissionsManage Permissions
29 Ogos 2019 - PERUTUSAN TAHNIAH KEPADA YANG AMAT BERHORMAT PERDANA MENTERI MALAYSIA BERSEMPENA DENGAN ULANG TAHUN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA

​Daripada:  Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan, Negara Brunei Darussalam


Kepada:  Yang Amat Berhormat, Tun Dato Laila Utama Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia


Yang Amat Berhormat Tun, 

Assalamu 'Alaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh

Beta dengan sukacita ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Tun, Kerajaan serta seluruh rakyat Malaysia bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Hari Kemerdekaan Malaysia Kali Ke-62.

Beta amat bersyukur di atas tali persahabatan dan hubungan silaturahim yang akrab Iagi mesra yang terus dinikmati oleh kedua-dua buah negara kita. Jalinan erat ini setentunya membolehkan kita untuk terus memperkasakan kerjasama di peringkat dua hala, serantau dan antarabangsa demi kepentingan negara serta rakyat kita bersama. Di kesempatan ini juga, Beta mengalu-alukan Perundingan Tahunan Ketua-Ketua Kerajaan Ke-23 seterusnya di Negara Brunei Darussalam pada tahun hadapan.

Beta berserta Duli Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha berdo'a Kehadrat Allah Subhanahu Wata'ala semoga Tun, Tun Datin Dr. Siti Hasmah dan ahli keluarga serta Kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia akan sentiasa dalam perlindungan serta rahmat-Nya jua.
Sekian.

Wassalamu 'Alaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh.
 
SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH
SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM 



Attachments
Back to Top