Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Press Room

Manage PermissionsManage Permissions
21 August 2019 - HIS MAJESTY THE SULTAN AND YANG DI-PERTUAN OF BRUNEI DARUSSALAM RECEIVES OUTGOING FOREIGN ENVOYS (JAPAN AND CAMBODIA) IN FAREWELL AUDIENCES

farewell2.jpg

Istana Nurul Iman, Rabu , 21 Ogos 2019 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, petang tadi berkenan menerima mengadap Tuan Yang Terutama Motohiko Kato, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Jepun Ke Negara Brunei Darussalam yang akan menamatkan perkhidmatan.  

Tuan Yang Terutama telah menyembahkan Surat Tauliah Pelantikannya Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 10 Ogos 2017. 
 
Majlis Mengadap tersebut berlangsung di Istana Nurul Iman.  
 
 
JABATAN PERDANA MENTERI
Jalan Perdana Menteri 
Bandar Seri Begawan, BB3913 
Negara Brunei Darussalam 
 
20 Zulhijjah 1440
21 Ogos 2019 


Attachments
Back to Top