Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Press Room

Manage PermissionsManage Permissions
STATEMENT REGARDING EFFORTS TO REPATRIATE BRUNEI DARUSSALAM NATIONALS STRANDED IN MALAYSIA

The Ministry of Foreign Affairs of Brunei Darussalam would like to inform that a total of 134 Brunei Darussalam nationals in Malaysia, comprising of 109 students, have been safely repatriated to Brunei Darussalam on Sunday, 29 March 2020 on an aircraft arranged by the Government of Malaysia.

In the efforts to repatriate Brunei Darussalam nationals in Cairo, Egypt, the Government of His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam had also rendered assistance to the Government of Malaysia by repatriating 84 of its nationals stranded in Cairo on a chartered Royal Brunei Airlines. The flight arrived safely in Brunei Darussalam on 29 March 2020 and all the Malaysian nationals safely returned to Kuala Lumpur on the same day on an aircraft arranged by the Government of Malaysia.

In this regard, the Government of His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam extends its appreciation and gratitude to His Majesty the Yang di-Pertuan Agong XVI, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah, Yang Amat Berhormat Tan Sri Muhyiddin bin Mohd Yassin, Prime Minister of Malaysia and the Government of Malaysia for the kind cooperation and assistance provided.

The joint effort between both countries reflects the close and long-standing cooperation and friendship between the Governments and people of both countries, which we hope to continue to be preserved. 


KENYATAAN MENGENAI USAHA MEMBAWA PULANG RAKYAT NEGARA BRUNEI DARUSSALAM YANG BERADA DI MALAYSIA

Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri, Negara Brunei Darussalam memaklumkan mengenai usaha membawa pulang seramai 134 orang rakyat Negara Brunei Darussalam yang berada di Malaysia, yang terdiri daripada 109 penuntut, telah selamat tiba di Negara Brunei Darussalam pada hari Ahad, 29 Mac 2020 dengan menaiki pesawat yang diaturkan oleh Kerajaan Malaysia. 

Dalam usaha membawa pulang rakyat Negara Brunei Darussalam di Kaherah, Republik Arab Mesir, Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam juga telah memberikan bantuan kepada Kerajaan Malaysia untuk membawa pulang seramai 84 orang rakyatnya yang berada di Republik Arab Mesir dengan pesawat khas Penerbangan Diraja Brunei. Penerbangan tersebut telah selamat tiba di Negara Brunei Darussalam pada 29 Mac 2020 dan kesemua rakyat Malaysia tersebut telah dibawa pulang ke Kuala Lumpur pada hari yang sama dengan menaiki pesawat yang diaturkan oleh pihak Kerajaan Malaysia.

Sehubungan dengan ini, Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dengan tulus ikhlas menjunjung kasih Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah, dan merakamkan penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Tan Sri Muhyiddin bin Mohd Yassin, Perdana Menteri Malaysia serta Kerajaan Malaysia atas kerjasama dan bantuan yang telah diberikan.

Usaha sama ini mencerminkan kerjasama dan tali persahabatan yang sangat rapat yang telah sekian lama terjalin di antara Kerajaan dan rakyat kedua buah negara, yang diharap akan terus terpelihara. 


Attachments
Back to Top