Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Press Room

Manage PermissionsManage Permissions
10 April 2021 - PERUTUSAN TAKZIAH KEPADA PRESIDENT REPUBLIK INDONESIA DIATAS KEHILANGAN NYAWA DAN KEROSAKAN HARTA BENDA BERIKUTAN TAUFAN SEROJA

Daripada: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar'Ali Saifuddien Saadul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam
Kepada:  Tuan Yang Terutama Dato Laila Utama Joko Widodo, Presiden, Republik Indonesia 

Tuan Yang Terutama,

ASSALAMU'ALAIKUM WARAHMATULLAAHI WABARAKATUH
INNALILLAHI WA INNA ILAIHI RAJI'UUN

Beta berdukacita mendengar berita mengenai kejadian banjir dan tanah runtuh berikutan Taufan Seroja yang mengakibatkan kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda.

Beta berserta Kerajaan dan rakyat Negara Brunei Darussalam menyampaikan ucapan takziah dan rasa simpati yang mendalam kepada Tuan Yang Terutama serta Kerajaan dan rakyat Repubiik Indonesia, khususnya kepada mereka yang kehilangan ahli keluarga dan terjejas oleh tragedi ini.

Beta berharap agar keluarga mangsa akan terus tabah dan bersabar dalam menghadapi musibah ini dan berdoa kehadrat Allah Subhanahu Wata'ala semoga melimpahkan rahmatnya ke atas roh-roh mangsa.

WASSALAMU'ALAIKUM WARAHMATULLAAHI WABARAKATUH



SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH
SULTAN DAN YANG Dl-PERTUAN
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM





Attachments
Back to Top