Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Press Room

Manage PermissionsManage Permissions
17 Ogos 2021 - TITAH PERUTUSAN TAHNIAH KEPADA TUAN YANG TERUTAMA DATO LAILA UTAMA JOKO WIDODO, PRESIDEN REPUBLIK INDONESIA, BERSEMPENA DENGAN ULANGTAHUN HARI KEMERDEKAAN REPUBLIK INDONESIA YANG KE-76

Daripada: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan, Negara Brunei Darussalam

Kepada:  Tuan Yang Terutama Dato Laila Utama Joko Widodo, Presiden, Republik Indonesia


Tuan Yang Terutama,



ASSALAMU'ALAIKUM WARAHMATULLAAHI WABARAATUH

Beta dan Kerajaan serta rakyat Negara Brunei Darussalam dengan tulus ikhlas merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Tuan Yang Terutama, Kerajaan dan rakyat Republik Indonesia bersempena dengan Ulang Tahun Hari Kemerdekaan Republik Indonesia yang ke-76.

Jalinan persahabatan yang telah sekian lama terjalin di antara Negara Brunei Darussalam dan Indonesia terus berkembang maju melalui hubungan kerjasama dua hala dipelbagai bidang berkepentingan. Syukur Alhamdulillah, kedua-dua buah negara terus berganding bahu demi memastikan kesejahteraan dan kemakmuran rakyat sentiasa terjamin dan terpelihara.

Di kesempatan ini, Beta juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan di atas kerjasama dan sokongan padu yang telah diberikan oleh Tuan Yang Terutama serta Kerajaan Indonesia kepada Negara Brunei Darussalam sebagai Pengerusi ASEAN khususnya semasa Republik Indonesia menjadi tuan rumah ASEAN Leaders' Meeting di Jakarta pada bulan April lalu.  Beta mengalu-alukan peluang untuk mengeratkan lagi ikatan silaturahim serta kesefahaman yang sangat baik ini di masa-masa akan datang.

Beta serta Duli Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha berdoa Kehadrat Allah Subhanahu Wata'ala semoga Tuan Yang Terutama, Datin lbu Hajah Iriana dan keluarga serta seluruh rakyat Republik Indonesia akan sentiasa berada dalam keadaan sihat wal'afiat, dan Republik Indonesia sentiasa di dalam perlindungan-Nya jua.


WASSALAMU 'ALAIKUM WARAHMATULLAAHI WABARAKAATUH


 
SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH
SULTAN DAN YANG Dl-PERTUAN
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM




Attachments
Back to Top