Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Press Room

Manage PermissionsManage Permissions
31 Ogos 2021 - PERUTUSAN TAHNIAH KEPADA PERDANA MENTERI MALAYSIA BERSEMPENA DENGAN ULANG TAHUN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 64

Daripada:  Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam
Kepada:  Yang Amat Berhormat, Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Perdana Menteri, Malaysia

Yang Amat Berhormat Dato' Sri,
 
ASSALAMU 'ALAIKUM WARAHMATULLAAHI WABARAKAATUH

Beta serta Kerajaan dan rakyat Negara Brunei Darussalam dengan amat sukacita mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato' Sri, Kerajaan serta rakyat Malaysia bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Hari Kemerdekaan Malaysia Ke-64.

Kedua-dua buah negara terus menikmati tali persahabatan dan hubungan kerjasama yang sangat erat dan mesra. Beta mengalu-alukan peluang untuk meningkatkan lagi hubungan yang bermakna ini melalui Perundingan Tahunan Ketua-Ketua Kerajaan demi kepentingan negara dan rakyat bersama.

Beta seterusnya menghargai sokongan dan kerjasama yang telah diberikan oleh Kerajaan Malaysia kepada Negara Brunei Darussalam selaku Pengerusi ASEAN pada tahun ini terutama sekali dalam usaha membaikpulih keadaan serantau dari kesan wabak COVID-19 serta menangani cabaran-cabaran ke arah memastikan keamanan dan kemakmuran yang berterusan.

Beta dan Duli Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha berdo'a Kehadrat Allah Subhanahu Wata'ala semoga Yang Amat Berhormat Dato' Sri, Yang Amat Berbahagia Datin Sri Muhaini binti Zainal Abidin serta keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat wal'afiat dan Kerajaan serta seluruh rakyat Malaysia akan sentiasa dalam perlindungan serta rahmat-Nya jua.

Sekian.

WASSALAMU 'ALAIKUM WARAHMATULLAAHI WABARAKAATUH

 
SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH
SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM



Attachments
Back to Top