Skip Ribbon Commands
Skip to main content
SharePoint

News Headline

Manage PermissionsManage Permissions

SAMBUTAN NISFU SYAABAN 1440 HIJRAH DI SURUHANJAYA TINGGI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM DI LONDON, UNITED KINGDOM

Suruhanjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam di London, United Kingdom telah mengadakan sambutan Nisfu Syaaban bagi tahun 1440 Hijrah pada hari Jumaat, 15 Syaaban 1440 bersamaan dengan 19 April 2019 di Surau Brunei Hall, Norfolk Square, London.

Hadir selaku tetamu kehormat pada acara berkenaan ialah Puan Yang Terutama Pengiran Hjh Rooslina Weti binti Pengiran Hj Kamaludin, Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam ke United Kingdom.

Acara dimulakan dengan solat fardhu Maghrib berjemaah diimamkan oleh Yang Mulia Ustaz Isham bin Ismail, Pegawai Ugama di Unit Penuntut-Penuntut diukuti dengan bacaan Surah Yasin sebanyak 3 kali dan doa khusus bersempena dengan Nisfu Syaaban.

Majlis ini antara lain bertujuan bagi memperingati hari-hari kebesaran Islam, dan memohon doa agar dipanjangkan umur dengan beramal ibadat kepada Allah Subhanahu Wata'ala, memohon agar dijauhkan daripada bala bencana dan memohon agar dimurahkan rezeki yang halal lagi bermanafaat.

Selain itu, majlis juga bertujuan bagi melaksanakan salah satu aktiviti tahunan Suruhanjaya Tinggi, di samping mengeratkan lagi ukhuwah dalam kalangan penduduk Negara Brunei Darussalam yang berada di United Kingdom termasuk penuntut-penuntut.

Sila tekan sini untuk galeri gambar.