Skip Ribbon Commands
Skip to main content
SharePoint

News Headline

Manage PermissionsManage Permissions

RIADAH BERBASIKAL KEPUTERAAN SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM YANG KE-74

LONDON, UNITED KINGDOM, Sabtu, 25 Julai 2020 – Riadah Berbasikal Keputeraan telah dianjurkan sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-74 Tahun yang telah diadakan di Hyde Park, London.

Acara dimulakan dengan doa yang dibacakan oleh Yang Mulia Awang Haji Muhammad Fahmi bin Haji Abas, Pegawai Ugama di Unit Penuntut-Penuntut. Sesi pemanasan badan selama lima minit telah dilakukan dan kemudiannya 'air horn' telah dibunyikan dimana riadah berbasikal mengelilingi kawasan Hyde Park sejauh 11 kilometer bagi lelaki dan 5.5 kilometer bagi perempuan yang bermula dan berakhir di The Serpentine, Hyde Park dengan melintasi tempat utama antaranya Buckingham Palace.

Riadah Berbasikal Keputeraan ini telah diketuai oleh Tuan Yang Terutama Laksamana Pertama (B) Pengiran Dato Seri Pahlawan Norazmi bin Pengiran Haji Muhammad, Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam ke United Kingdom dan Eire bersama lebih 60 orang pekayuh basikal terdiri daripada kanak-kanak hingga dewasa. Riadah tersebut turut disertai oleh pegawai-pegawai dan kakitangan dari Pejabat Suruhanjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam di United Kingdom, Unit Penuntut-Penuntut, Agensi Pelaburan Brunei, Kensington Palace Garden serta keluarga dan penuntut-penuntut dari London.

Riadah Berbasikal Keputeraan 2020 ini dilaksanakan dengan tujuan bagi mengeratkan lagi silaturrahim dikalangan warga Negara Brunei Darussalam disamping menggalakkan aktiviti riadah sebagai satu aktiviti yang menyihatkan. Ianya juga memupuk semangat kekeluargaan dengan memfokuskan kepada pengukuhan institusi keluarga dengan pengisian aktiviti-aktiviti sukan bagi kanak-kanak dan keluarga yang dikendalikan oleh agensi-agensi masing-masing.

 


Sila klik sini untuk galeri.