Skip Ribbon Commands
Skip to main content
SharePoint

News Headline

Manage PermissionsManage Permissions

MAJLIS PENGAGIHAN DAGING KORBAN DAN AQIQAH SURUHANJAYA TINGGI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM DI LONDON, UK BAGI TAHUN 1441H / 2020M

LONDON, UNITED KINGDOM, Isnin, 3 Ogos 2020 – Ibadah korban merupakan ibadah sunat yang sangat di tuntut oleh Allah Subahanahu Wata’ala yang juga dikenali sebagai Sunat Muakkad. Dari segi istilah korban bermaksud menyembelih binatang tertentu pada Hari Raya Aidiladha yang jatuh pada setiap 10 Zulhijjah dan hari-hari Tasyrik iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah dengan tujuan untuk beribadah atau menghampirkan diri kepada Allah Subahanahu Wata’ala.

Suruhanjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam di London, United Kingdom dan agensi-agensi lain turut meraikan sambutan Hari Raya Aidiladha dengan majlis ibadah korban yang dikelolakan oleh Ahli Jawatankuasa Keagamaan Suruhanjaya Tinggi. Majlis diadakan di ruang legar Brunei Hall, Norfolk Square, London.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam di United Kingdom dan Eire, Tuan Yang Terutama Laksamana Pertama (B) Pengiran Dato Seri Pahlawan Norazmi bin Pengiran Haji Muhammad dan Yang Mulia Pengiran Datin Noralam binti Pengiran Hj Kahar.

Sebahagian daging korban dan aqiqah berkenaan diagih-agihkan kepada warga pegawai dan kakitangan Suruhanjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam di United Kingdom, Unit Penuntut-Penuntut, Agensi Pelaburan Brunei, Kensington Palace Garden dan asnaf fakir miskin yang dikenalpasti di kawasan London. Pada tahun ini, sebanyak 21 ekor kambing dikorbankan bagi majlis tersebut.

Majlis ini telah dilaksanakan mengikut garispandu yang telah dikeluarkan oleh pihak kerajaan United Kingdom dengan tujuan bagi mengawal penyebaran COVID-19.

Disediakan oleh:
Mohamad Hilman Hj Husain

Sila klik sini untuk galeri.