Skip Ribbon Commands
Skip to main content
SharePoint

News Headline

Manage PermissionsManage Permissions

SAMBUTAN HARI ASEAN KE-53, TAHUN 2020

​LONDON, UNITED KINGDOM, Jumaat, 7 Ogos 2020 – Suruhanjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam di London, United Kingdom, Pengerusi Jawatankuasa ASEAN di London telah menganjurkan Sambutan Hari Ulang Tahun ASEAN ke-53 Penubuhan ASEAN atau dikenali sebagai Hari ASEAN. Acara ini turut diraikan oleh Mr. Nigel Adams MP, Minister of State (Minister for Asia), FCO and DFID serta Duta Besar dan Pesuruhjaya Tinggi daripada negara-negara ASEAN.

Acara dimulakan dengan upacara menaikkan bendera ASEAN dengan lagu rasmi ASEAN, The ASEAN Way. Ianya diikuti dengan ucapan daripada Tuan Yang Terutama Laksamana Pertama (B) Pengiran Dato Seri Pahlawan Norazmi bin Pengiran Haji Muhammad, Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam ke United Kingdom dan Eire dan seterusnya ucapan daripada Mr. Nigel Adams MP, Minister of State (Minister for Asia), FCO and DFID.

Sebaik sahaja sesi penyampaikan cenderahati kepada Mr. Nigel Adams MP ianya diikuti dengan sesi bergambar ramai bersama dengan ketua-ketua Perwakilan ASEAN. Rombongan kemudiannya beredar ke dewan makan bagi meneruskan perbincangan mengenai dengan perkongsian United Kingdom dengan rantau ini.

Selamat Hari ASEAN ke-53!

Disediakan oleh:
Mohamad Hilman Hj Husain

Sila klik sini untuk galeri.