Skip Ribbon Commands
Skip to main content
SharePoint

News Headline

Manage PermissionsManage Permissions

2020 JOINT ASEAN SOCIETIES ONLINE RECEPTION

LONDON, UNITED KINGDOM, Khamis, 18 Rabiulakhir 1442H bersamaan 3 Disember 2020M – British Malayan Society telah mengadakan 2020 Joint ASEAN Societies Online Reception melalui aplikasi Zoom yang mana telah dihadiri oleh lebih 100 peserta. Diantara agenda yang telah dibincangkan ialah dalam usaha meningkatkan hubungan ASEAN-UK dan perkembangan penting di ASEAN termasuk kesimpulan dan penandatanganan R-CEP baru-baru ini.

 

Tuan Yang Terutama Laksamana Pertama (B) Pengiran Dato Seri Pahlawan Norazmi bin Pengiran Hj Muhammad, Pesuruhjaya Tinggi selaku Pengerusi ASEAN London Committee (ALC) juga menyentuh beberapa keutamaan dibawah Brunei selaku Pengerusi ASEAN tahun 2021. Duta Besar Vietnam jua mengongsikan hasil kepentingan semasa Vietnam selalu Pengerusi ASEAN tahun 2020.

 

Diantara penceramah VIP lain yang menyertai acara ini ialah Nigel Adams MP, Minister of State (Minister for Asia), Foreign and Commonwealth and Development Office (FCDO) dan Baroness Neville-Rolfe DBE CMG, Chair of the UK-ASEAN Business Council.


jasor1.jpg
jasor2.jpg
jasor3.jpg
jasor4.jpg