Skip Ribbon Commands
Skip to main content
SharePoint

News Headline

Manage PermissionsManage Permissions

Majlis Membaca Surah Yaasin dan Doa Kesyukuran Sempena Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Kali Ke-37 di London, United Kingdom

MAJLIS MEMBACA SURAH YAASIN DAN DOA KESYUKURAN SEMPENA HARI KEBANGSAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KALI KE-37 DI LONDON, UNITED KINGDOM

 

LONDON, UNITED KINGDOM, Isnin,  22 Februari 2021 – Jawatankuasa Keagamaan Suruhanjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam di London, United Kingdom telah mengadakan Majlis Membaca Surah Yaasin dan Doa Kesyukuran sempena Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam kali ke-37 di London, United Kingdom secara virtual menggunakan platfom Zoom.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yaasin dan doa kesyukuran yang dipimpin oleh Ustaz Hj Muhammad Fahmi bin Hj Abas, Pegawai Ugama di Unit Penuntut-Penuntut. Majlis pada malam itu juga diteruskan dengan Forum Khas bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan yang bertemakan Menjayakan Wawasan Negara.

 

Tiga panel telah dijemput untuk mengikuti forum khas berkenaan yang terdiri dari penuntut-penuntut di United Kingdom iaitu Dayang Aqilah binti Hj Mat Dani, pelajar Bsc Mathematics di University of Nottingham, Awang Mohammad Azizan bin Hj Md Anas, pelajar Bsc Mathematics Operational Research Statistics and Economis di Lancaster University dan Dayang Nuraqilah binti Hj Md Salleh, pelajar Medicine Foundation Year di Royal Shrewsbury Hospital.

 

Hadir pada majlis berkenaan ialah Tuan Yang Terutama Laksamana Pertama (B) Pengiran Dato Seri Pahlawan Norazmi bin Pengiran Hj Mohamad, Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam, Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam ke United Kingdom dan Eire serta dihadiri oleh pegawai-pegawai dan kakitangan serta keluarga daripada Suruhanjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam di United Kingdom, Unit Penuntut-Penuntut, Agensi Pelaburan Brunei, Kensington Palace Garden dan penuntut-penuntut dari United Kingdom seramai lebih 100 orang.

 

     'SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KALI KE-37'

 

Disediakan oleh: Mohamad Hilman bin Hj Husain


Sila tekan sini untuk melihat galeri.