Skip Ribbon Commands
Skip to main content
SharePoint

News Headline

Manage PermissionsManage Permissions

Majlis Doa Kesyukuran bersempena Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Kali Ke-35

LONDON, 22 Februari - Suruhanjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam di London telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran bersempena Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-35 bertempat di Brunei Hall, Norfolk Square, London.

Majlis dimulakan dengan sembahyang fardu Maghrib berjemaah, sembahyang sunat Hajat, bacaan Surah Yassin dan Doa Kesyukuran yang dipimpin oleh Pegawai Ugama di Unit Penuntut-Penuntut, Yang Mulia Ustaz Isham bin Ismail. Majlis pada malam itu juga diteruskan dengan Khatam Al-Quran bersempena dengan sambutan berkenaan, sembahyang fardhu Isya' berjemaah dan diakhiri dengan jamuan.

Hadir selaku tetamu kehormat  ialah Puan Yang Terutama Pengiran Hjh Rooslina Weti binti Pengiran Hj Kamaludin, Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam ke United Kingdom. Turut hadir ialah pegawai-pegawai dan kakitangan daripada Pejabat Suruhanjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam di London, Unit Penuntut-Penuntut, Agensi Pelaburan Brunei Cawangan London, Kensington Palace Garden dan penuntut-penuntut yang berada di United Kingdom.

Tema Hari Kebangsaan pada tahun ini ialah Menjayakan Wawasan Negara yang mana pegawai-pegawai, kakitangan serta penuntut-penuntut juga memainkan peranan kearah mencapai wawasan tersebut.


Sila klik sini untuk melihat galeri.