Skip Ribbon Commands
Skip to main content
SharePoint

News Headline

Manage PermissionsManage Permissions

Kejohanan Futsal 6 Orang Sepasukan Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-35 bagi tahun 2019 di London, United Kingdom

LONDON, UNITED KINGDOM, Sabtu, 16 Mac. - Bagi menyemarakkan lagi Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-35, Tahun 2019 Suruhanjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam dan Unit Penuntut-Penuntut di London telah mengadakan Kejohanan Futsal 6 Orang Sepasukan bertempat di Pro Direct Play, Shepherd's Bush, London. Sebanyak 8 buah pasukan telah menyertai kejohanan tahun ini yang terdiri daripada pegawai-pegawai dan keluarga, kakitangan serta penuntut-penuntut di United Kingdom.

Berangkat dan seterusnya menyertai kejohanan bola sepak yang telah diadakan buat kali kelima berturut-turut ialah Yang Amat Mulia Pengiran Muda Abdul Aleem Ibni Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah.

Kejohanan telah dijuarai oleh pasukan Gun Squad manakala naib juara disandang oleh pasukan London FC dan pasukan Wolf Pack menduduki tempat ketiga.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Puan Yang Terutama Pengiran Hjh Rooslina Weti binti Pengiran Hj Kamaludin, Pesuruhjaya Tinggi selaku tetamu kehormat.


Sila klik sini untuk melihat gambar.